Posts

Pemeriksaan telinga percuma bersama Warga Tua

Image
Antara kesukaran yang lazim ditemui dalam kalangan warga emas ialah masalah kurang dengar ( presbiakusis ). Elemen yang sering dikaitkan dengan kemerosotan fungsi pendengaran ini berpunca daripada komponen saraf pendengaran yang mengalami degenerasi berbanding dengan golongan muda yang lebih banyak berpunca daripada masalah struktur. Masalah pendengaran ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang mesti berlaku kepada semua orang dan pada tahap yang sama. Ini kerana setiap manusia mempunyai gaya hidup, pekerjaan, tarap penjagaan kesihatan, tempat kediaman dan persekitaran yang berbeza-beza. Kesemua faktor latar belakang ini boleh mempengaruhi tahap kemerosotan pendengaran pada usia emas. Sehubungan dengan itu, sempena bulan BHSM ( Better Hearing & Speech Month )  Innovative Hearing Melaka telah membuat satu pemeriksaan telinga secara percuma di Rumah Sejahtera Melaka dibawah pengawasan Puan Halimah. Warga emas yang terlibat adalah diantara 15-20 orang dan 3 orang daripadanya mempu...
Image
In conjunction with Better Hearing & Speech Month ( BHSM ), we would like to invite you readers to visit our centre in Melaka and our nationwide centres ( Kuala Lumpur, Ipoh, Klang Kota Bharu, Damansara, Sungai Petani & Kuantan ) SPECIAL PROMOTIONS AWAITS YOU THIS MAY 2012  !! Sempena Bulan Pendengaran & Pertuturan, anda dialu-alukan untuk berkunjung ke Innohear Melaka atau mana-mana cawangan kami yang berhampiran di seluruh Malaysia ( Kuala Lumpur, Ipoh, Klang, Kota Bharu, Damansara, Sungai Petani & Kuantan )   PROMOSI ISTIMEWA MENANTI ANDA SEPANJANG MEI 2012 May is : Better Hearing & Speech Month Helping People Communicate This annual event provides opportunities to raise awareness about communication disorder and to promote treatment that can improve the quality of life for those who experience problem with speaking, understanding and hearing. We have many resources to help you cele...

How to choose a Hearing Aid .

Image

Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada Orang Kurang Upaya

1.0 KEMENTERIAN PELAJARAN 1.1. KEMUDAHAN PENDIDIKAN           Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak OKU penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dilaksanakan melalui : 1.1.1 Program Pendidikan Khas Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran dan pembelajaran (menengah). Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. 1.1.2. Elaun  RM 150.00 sebulan pelajar sekolah rendah dan menengah Bagi pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan menengah mereka  diberi elaun sebanyak RM 150.00 sebulan. Seterusnya Bajet ...

KEBISINGAN YANG MEMUDARATKAN

Image
Masalah pendengaran akibat kebisingan ( Noise induced hearing loss - NIHL ) Masalah pendengaran akibat kebisingan ( NIHL ) berlaku apabila sel rerambut telinga dalam dan saraf pendengaran menjadi kurang sensitif terhadap bunyi. Ini berlaku akibat pendedahan yang berterusan kepada bunyi-bunyi yang terlampau bising. NIHL selalunya tidak dapat diubati, namun ia boleh dicegah daripada berlaku. Apa yang mengakibatkan NIHL? Pendedahan berterusan tanpa perlindungan terhadap bunyi-bunyi bising melebihi 85 desibel  : Peralatan industri - kilang, pelantar minyak, lombong bijih Jentera berat - tapak pembinaan, kenderaan industri Senjata api Peralatan makmal / perubatan ultrasonik berintensiti tinggi Alat muzik - orkestra, band  Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah NIHL?  Program penjagaan pendengaran : Pemeriksaan dan pemantauan pendengaran setiap tahun Pengukuran bunyi bising di tempat kerja Penggunaan peranti perlindungan pendengaran ( hearing ...

Perkembangan Pendengaran & Pertuturan Kanak-kanak

Perkembangan Pendengaran & Pertuturan Kanak-kanak 3 BULAN Pandang ke muka ibu/ayah senyap bila mendengar suara ibu/ayah 'babble' atau 'cooing' ketika bermain menghasilkan bunyi seperti 'ah' , 'eh', 'uh' 6 BULAN Faham suara ibu/ayah sedang marah Memandang dan mencari arah datangnya suara 'babble' untuk meraih perhatian 9 BULAN  Respons kepada arahan berbentuk verbal, contohnya 'bye-bye', 'nak' 'babble' dan rasa gembira jika difahami oleh ibu/ayah Berkomunikasi menggunakan perkataan berganda seperti 'da-da' , 'ma-ma' secara tidak spesifik atau tiada maksud 12 BULAN Faham perkataan yang berkaitan dengan objek/situasi Memberikan makanan apabila disuruh Bercakap sekurang-kurangnya 1 patah perkataan, contohnya 'mama', 'bye-bye' 18 BULAN Faham sekurang-kurangnya 50 patah perkataan  Mendengar lagu dalam jangkamasa 2-3 min...

UJIAN SARINGAN PENDENGARAN BAYI BARU LAHIR.

Image
INFORMASI UNTUK IBU BAPA. Apa itu ujian saringan pendengaran bayi baru lahir? ( Newborn Hearing Screening )   Ujian saringan pendengaran adalah satu ujian yang penting memeriksa sistem pendengaran bayi-bayi baru lahir. Pengurusan masalah pendengan dapat dilakukan segera sekiranya masalah ini dapat dikesan pada awal usia. Apakah kepentingan ujian saringan pendengaran? Bayi dan kanak-kanak kecil mempelajari bahasa dan pertuturan pada kadar yang begitu cepat. Pembelajaran bahasa, pertuturan dan cara komunikasi sangat bergantung kepada kebolehan seseorang bayi untuk mendengar bahasa dan pertuturan pada awal usianya.  Jika bayi ini mengalami masalah pendengaran, kebolehannya untuk mendengar bunyi-bunyi pertuturan di sekitarnya akan berkurangan atau mungkin tiada langsung. Ini menyebabkan berlakunya kelambatan dalam perkembangan bahasa dan pertuturan bayi tersebut, lalu menyukarkan komunikasi bersama ahli keluarga dan persekitarannya.  Bila ujian ini di...