Posts

Showing posts from February, 2012

Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada Orang Kurang Upaya

1.0 KEMENTERIAN PELAJARAN 1.1. KEMUDAHAN PENDIDIKAN           Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak OKU penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dilaksanakan melalui : 1.1.1 Program Pendidikan Khas Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran dan pembelajaran (menengah). Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. 1.1.2. Elaun  RM 150.00 sebulan pelajar sekolah rendah dan menengah Bagi pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan menengah mereka  diberi elaun sebanyak RM 150.00 sebulan. Seterusnya Bajet  2005  memperluaskan lagi pemberian el

KEBISINGAN YANG MEMUDARATKAN

Image
Masalah pendengaran akibat kebisingan ( Noise induced hearing loss - NIHL ) Masalah pendengaran akibat kebisingan ( NIHL ) berlaku apabila sel rerambut telinga dalam dan saraf pendengaran menjadi kurang sensitif terhadap bunyi. Ini berlaku akibat pendedahan yang berterusan kepada bunyi-bunyi yang terlampau bising. NIHL selalunya tidak dapat diubati, namun ia boleh dicegah daripada berlaku. Apa yang mengakibatkan NIHL? Pendedahan berterusan tanpa perlindungan terhadap bunyi-bunyi bising melebihi 85 desibel  : Peralatan industri - kilang, pelantar minyak, lombong bijih Jentera berat - tapak pembinaan, kenderaan industri Senjata api Peralatan makmal / perubatan ultrasonik berintensiti tinggi Alat muzik - orkestra, band  Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah NIHL?  Program penjagaan pendengaran : Pemeriksaan dan pemantauan pendengaran setiap tahun Pengukuran bunyi bising di tempat kerja Penggunaan peranti perlindungan pendengaran ( hearing protectors )

Perkembangan Pendengaran & Pertuturan Kanak-kanak

Perkembangan Pendengaran & Pertuturan Kanak-kanak 3 BULAN Pandang ke muka ibu/ayah senyap bila mendengar suara ibu/ayah 'babble' atau 'cooing' ketika bermain menghasilkan bunyi seperti 'ah' , 'eh', 'uh' 6 BULAN Faham suara ibu/ayah sedang marah Memandang dan mencari arah datangnya suara 'babble' untuk meraih perhatian 9 BULAN  Respons kepada arahan berbentuk verbal, contohnya 'bye-bye', 'nak' 'babble' dan rasa gembira jika difahami oleh ibu/ayah Berkomunikasi menggunakan perkataan berganda seperti 'da-da' , 'ma-ma' secara tidak spesifik atau tiada maksud 12 BULAN Faham perkataan yang berkaitan dengan objek/situasi Memberikan makanan apabila disuruh Bercakap sekurang-kurangnya 1 patah perkataan, contohnya 'mama', 'bye-bye' 18 BULAN Faham sekurang-kurangnya 50 patah perkataan  Mendengar lagu dalam jangkamasa 2-3 min

UJIAN SARINGAN PENDENGARAN BAYI BARU LAHIR.

Image
INFORMASI UNTUK IBU BAPA. Apa itu ujian saringan pendengaran bayi baru lahir? ( Newborn Hearing Screening )   Ujian saringan pendengaran adalah satu ujian yang penting memeriksa sistem pendengaran bayi-bayi baru lahir. Pengurusan masalah pendengan dapat dilakukan segera sekiranya masalah ini dapat dikesan pada awal usia. Apakah kepentingan ujian saringan pendengaran? Bayi dan kanak-kanak kecil mempelajari bahasa dan pertuturan pada kadar yang begitu cepat. Pembelajaran bahasa, pertuturan dan cara komunikasi sangat bergantung kepada kebolehan seseorang bayi untuk mendengar bahasa dan pertuturan pada awal usianya.  Jika bayi ini mengalami masalah pendengaran, kebolehannya untuk mendengar bunyi-bunyi pertuturan di sekitarnya akan berkurangan atau mungkin tiada langsung. Ini menyebabkan berlakunya kelambatan dalam perkembangan bahasa dan pertuturan bayi tersebut, lalu menyukarkan komunikasi bersama ahli keluarga dan persekitarannya.  Bila ujian ini dilakukan? Ujia

Perkhidmatan & cawangan kami.

Innovative   Hearing   Sdn Bhd telah  diwujudkan  pada tahun 2003. Dan  sejak beberapa tahun yang lalu ,   kami telah  memperluaskan perkhidmatan kami   dan telah membuka cawangan   di   Kuala Lumpur ,   Petaling Jaya ,   Klang , Ipoh , Melaka , Kuantan ,   Kota Bharu   dan Brunei .  Selain itu, seiring dengan kehendak pelanggan kami juga akan memperluaskan perkhidmatan & cawangan kami ke negeri--negeri yang lain. Wakil pengedar kami adalah meliputi majoriti hospital awam dan hospital swasta di seluruh Semenanjung dan juga Pantai Timur. Perkhidmatan yang ditawarkan di Innovative Hearing atau   InnoHear ,  adalah,    perkhidmatan   penjagaan   kesihatan   pendengaran   yang   komprehensif dan  cemerlang .  Kami juga   menyampaikan   pelbagai   perkhidmatan   makmal   termasuk   acuan telinga (earmould)   dan  membaikupulih alat pendengaran yang lain. InnoHear ,   kami komited   kepada masyarakat   kami   untuk menawarkan   perkhidmatan   yang   terbaik .   Untuk memastikan bah

Telinga dan matamu..

TELINGA DAN MATAMU (YOUR EYES AND EARS) Seperti Tanda-tanda (ciptaan) Allah SWT lainnya, kita jarang mencoba merenungkan betapa pentingnya telinga dan mata kita. Al Mulk 23 Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati". (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. Bagaimanakah cara kedua alat indera ini diciptakan? Apa yang mungkin terjadi bila kita kehilangan karunia ini? Bagaimana kita memanfaatkan telinga dan mata kita? Apakah akan ada pertanggungjawaban bila kita menyalahgunakannya? Banyak pertanyaan sederhana tetapi penting timbul di dalam benak kita. Pertama-tama, Allah SWT menciptakan manusia dalam tujuh tahap, seperti dijelaskan dalam Al Qur’an berabad-abad yang lalu. Al Mu’minun 12 - 14 Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani dalam tempat yang kokoh. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu K

Perkembangan bayi : Mendengar

Mendengar  Anak anda sudah boleh mendengar dari saat dia dilahirkan – kecuali jika dia ada masalah pendengaran. Sambil membesar, dia akan menggunakan telinganya untuk menyerap jumlah informasi yang banyak tentang dunia di sekelilingnya, dan semua informasi ini akan merangsangkan perkembangan otak dan menuju ke pencapaian fizikal seperti  menduduk ,  menggolek ,  merangkak  dan  berjalan.   Bila ia berkembang  Pendengaran bayi anda akan matang sepenuhnya pada penghujung  bulan pertama,  tetapi untuk betul-betul menyedari, memahami dan menghargai semua yang didengarinya akan mengambil sedikit masa lagi.  Bagaimana ia berkembang  Dari mula lagi bayi anda akan menumpukan penuh perhatian pada suara, terutamanya suara yang bernada tinggi, dan akan respon kepada bunyi yang biasa didengar (anda bercakap, suatu cerita yang sering dibaca, dan lain-lain.). Dia juga akan terkejut bila terdengar bunyi yang kuat atau yang tidak dijangka.  Pada  usia tiga bulan ,  lobus temporal  bayi and