UJIAN SARINGAN PENDENGARAN BAYI BARU LAHIR.

INFORMASI UNTUK IBU BAPA.
Apa itu ujian saringan pendengaran bayi baru lahir?
( Newborn Hearing Screening ) 
Ujian saringan pendengaran adalah satu ujian yang penting memeriksa sistem pendengaran bayi-bayi baru lahir. Pengurusan masalah pendengan dapat dilakukan segera sekiranya masalah ini dapat dikesan pada awal usia.









Apakah kepentingan ujian saringan pendengaran?
Bayi dan kanak-kanak kecil mempelajari bahasa dan pertuturan pada kadar yang begitu cepat. Pembelajaran bahasa, pertuturan dan cara komunikasi sangat bergantung kepada kebolehan seseorang bayi untuk mendengar bahasa dan pertuturan pada awal usianya. 


Jika bayi ini mengalami masalah pendengaran, kebolehannya untuk mendengar bunyi-bunyi pertuturan di sekitarnya akan berkurangan atau mungkin tiada langsung. Ini menyebabkan berlakunya kelambatan dalam perkembangan bahasa dan pertuturan bayi tersebut, lalu menyukarkan komunikasi bersama ahli keluarga dan persekitarannya. 


Bila ujian ini dilakukan?
Ujian ini dilakukan sebaik sahaja selepas kelahiran, sebelum keluar dari hospital. Sebaik-baiknya ujian saringan pendengaran dijalankan sebelum bayi berumur 2 bulan.


Bagaimana ujian saringan ini dilakukan?
Ujian yang dilakukan ialah pancaran otoakustik ( OAE ). Fon telinga akan mengeluarkan bunyi-bunyi perlahan ke dalam salur telinga bayi anda. Respons daripada telinga akan diukur secara automatik oleh alat ini.


Adakah ujian ini menyakitkan?
Ujian saringan pendengaran adalah selamat dan tidak memberikan sebarang ketidakselesaan terhadap bayi.


Bagaimana dengan ketepatan keputusan ujian?
Keputusan ujian OAE adalah tepat dan sah


Apakah maksud keputusan ujian?
Keputusan ujian OAE adalah dalam bentuk 'pass' atau 'refer'. 'Pass' bermaksud bayi anda tidak mengalami masalah pendengaran semasa ujian dijalankan. Anda akan diberikan maklumat bertulis tentang tahap perkembangan pendengaran dan bahasa yang normal daripada umur bayi hingga kanak-kanak.


Jika anda mempunyai sebarang keraguan mengenai tahap perkembangan pendengaran dan bahasa anak anda nanti, anda boleh merujuk kepada pakar pediatrik anak anda. Tahap pendengaran anak anda boleh diperiksa pada bila-bila masa. 


Jika bayi anda mendapat keputusan 'refer', anda akan diminta membawa bayi anda untuk menjalani ujian saringan kedua pada umur 4-6 minggu. Jika keputusan yang sama diperolehi, bayi anda akan dirujuk kepada audiologis  untuk pemeriksaan audiologi selanjutnya.




FAKTOR RISIKO UNTUK MASALAH PENDENGARAN : 


A. BAYI YANG BARU LAHIR SEHINGGA 28HARI 



  1. Faktor keturunan atau genetik.
  2. Jangkitan semasa ibu mengandung seperti demam rubella, siflis, cytomegalovirus, herpes dan toksoplasmosis.
  3. Berat bayi semasa lahir kurang dari 1.5 kg.
  4. Jaundis / demam kuning sehingga memerlukan pemindahan darah.
  5. Ubat-ubatan ototoksik ( berbahaya untuk telinga )
  6. Bakteria Meningitis. Bakteria Meningitis, jangkitan telinga dan jangkitan lain yang boleh menyebabkan masalah pendengaran.
  7. Sindrom ( cth: sindrom down ) yang berkemungkinan menyebabkan hilang pendengaran.
  8. Bayi yang menggunakan alat bantu pernafasan ( dalam inkubator ) lebih dari 5 hari.
  9. Bayi yang mengalami kecacatan pada muka ( cth: tiada lubang telinga )
  10. APGAR skor 0-4 dalam 1 minit atau 0-6 dalam 5 minit ( respon bayi semasa kelahiran )
  11. Ibu hamil yang mengambil dadah.

B. BAYI SELEPAS 28 HARI SEHINGGA 2 TAHUN.

  1. Faktor 1 - 10 ( A )
  2. Kerisauan ibu bapa terhadap perkembangan pertuturan anak-anak yang lambat.
  3. Trauma atau hentakan kuat kepada telinga atau kepala.
  4. Stigma atau wujudnya sebarang sindrom ( cth: sindrom down ) yang akan mengakibatkan hilang pendengaran.
  5. Jangkitan otitis media berulang atau tetap sekurang-kurangnya 3 bulan.




Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi :


NO 17-1 Jalan KPPA 1
Kompleks Perniagaan Al-Azim 
75150 Bukit Baru Melaka
Tel : +606 - 2822 663
Fax : +605 - 2821 591
Email : innohear.melaka@gmail.com



Comments

Popular posts from this blog

Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada Orang Kurang Upaya

UJIAN PENDENGARAN PERCUMA