Masalah pendengaran ialah kecacatan yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Namun, ianya boleh memberi impak yang sangat besar kepada seseorang remaja. Kajian menunjukkan, dalam setiap 1000 kelahiran bayi, seorang daripadanya dikesan mempunyai masalah pendengaran. Ianya boleh terjadi melalui dua cara iaitu secara semulajadi (kongenital) ataupun selepas kelahiran (acquired).
Masalah pendengaran kongenital ialah masalah pendengaran yang diperolehi sejak lahir. Ianya termasuklah masalah pendengaran yang diwarisi (disebabkan keturunan) dan faktor-faktor lain yang hadir semasa dalam kandungan ataupun ketika kelahiran. Faktor genetik seperti sindrom menyumbang kepada lebih 50% insiden bagi masalah pendengaran kongenital.
Masalah pendengaran acquired pula ialah kurang pendengaran yang diperolehi pada bila-bila masa selepas kelahiran. Ianya boleh disebabkan oleh:
Kesan kepada penyakit. Contoh: meningitis
Jangkitan pada telinga. Contoh: otitis media
Kesan kepada keadaan. Contoh: terdedah kepada bunyi bising
Kesan kecederaan. Contoh:kecederaan kepala


Comments

Popular posts from this blog

UJIAN SARINGAN PENDENGARAN BAYI BARU LAHIR.

Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada Orang Kurang Upaya

Perkembangan bayi : Mendengar