Posts

Showing posts from 2021
Image
  Masalah pendengaran ialah kecacatan yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Namun, ianya boleh memberi impak yang sangat besar kepada seseorang remaja. Kajian menunjukkan, dalam setiap 1000 kelahiran bayi, seorang daripadanya dikesan mempunyai masalah pendengaran. Ianya boleh terjadi melalui dua cara iaitu secara semulajadi (kongenital) ataupun selepas kelahiran (acquired). Masalah pendengaran kongenital ialah masalah pendengaran yang diperolehi sejak lahir. Ianya termasuklah masalah pendengaran yang diwarisi (disebabkan keturunan) dan faktor-faktor lain yang hadir semasa dalam kandungan ataupun ketika kelahiran. Faktor genetik seperti sindrom menyumbang kepada lebih 50% insiden bagi masalah pendengaran kongenital. Masalah pendengaran acquired pula ialah kurang pendengaran yang diperolehi pada bila-bila masa selepas kelahiran. Ianya boleh disebabkan oleh: Kesan kepada penyakit. Contoh: meningitis Jangkitan pada telinga. Contoh: otitis media Kesan kepada keadaan. Contoh: terdedah
Image
 
Image
 
Image
Raikan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW dengan perbanyakkan selawat  
Image
  OCTOBER IS… AUDIOLOGY AWARENESS MONTH! Anda mahu tahu: SIAPA AUDIOLOGIS? APA KERJANYA GOLONGAN AUDIOLOGIS INI? KENAPA PANCAINDERA PENDENGARAN SANGAT PENTING? APA BOLEH BUAT KALAU ADA YANG KURANG DENGAR? Jom kita, #sedardengar bersama-sama. Klik link di komen. #innohear #hearingcare #audiologyawarenessmonth #audiologistatwork
Image
  Klien terbaharu yang mengenali kami melalui Facebook. Cik Mastura berpuas hati dengan pemakaian alat pendengaran apabila beliau mendapat  kepuasan mendengar dan mencapai tahap komunikasi berkesan.
  WHY USE HEARING AIDS? There is an important connection between hearing health and brain health. Hearing loss makes the brain work harder to keep up with conversations and filter out noise. All that extra effort required to listen and communicate (while having hearing loss) can leave a person feeling tired and stressed. Using hearing aids can help the brain work better and faster on skills like memory and attention. #innohear #sedardengar #hearingcare
Image
 
Image
  PRESBIKUSIS ialah masalah pendengaran untuk golongan warga emas. PRESBIKUSIS ialah proses biasa apabila koklea dan saraf pendengaran mengalami kemerosotan, seiring dengan pertambahan usia seseorang individu. PRESBIKUSIS bukanlah masalah yang boleh mengancam nyawa. Walaubagaimanapun, ia boleh mengganggu kualiti kehidupan harian, terutamanya jika individu warga emas tersebut ialah seorang yang sihat dan aktif dalam aktiviti bermasyarakat. Antara tanda-tanda PRESBIKUSIS: Desingan dalam telinga (TINITUS). Sukar mengikuti perbualan, terutamanya di tempat yang agak bising. Asyik meminta rakan perbualan untuk mengulang perkataan. Menonton televisyen dengan suara yang lebih kuat daripada normal. PRESBIKUSIS boleh dikawal dan dibantu dengan penggunaan alat bantu pendengaran yang sesuai dengan tahap pendengaran serta gaya hidup warga emas tersebut. Jika anda rasa ibu bapa anda mengalami tanda-tanda PRESBIKUSIS, bawalah mereka berjumpa dengan audiologis. Audiologis ialah pakar pendengaran
Image
Penuaan memberi kesan kepada tahap pendengaran đŸ‘‚ Disamping faktor persekitaran, penuaan juga merupakan salah  satu  f aktor masalah pendengaran. đŸ‘‚ Masalah pendengaran biasanya biasanya dihadapi oleh orang dewasa yang yang berumur 50 tahun  ke atas.  đŸ‘‚ Mereka akan mengalami kemerosotan  pendengaran kesan   daripada  saraf pendengaran yang tidak aktif dan fungsinya s emakin merosot  akibat penuaan.
Image
LOUD NOISE  Loud Noise can be very damaging to hearing. Your risk for noise-induced hearing loss is influenced by the sound's loudness and the length of time that you are listen to it.  
Image
  Komunikasi berkesan adalah secara berhadapan (face to face) supaya telinga lebih mudah mendengar, mata dapat melihat pergerakan mulut dan membaca mimik wajah orang yang berbicara dengannya.  
Image
Fakta telinga & pendengaran 1. Organ pendengaran tidak pernah tidur. Telinga tetap mendengar bunyi sekeliling walaupun mata (dan proses otak) tertutup. 2. Telinga mempunyai kebolehan untuk membersih sendiri (self-cleaning). Serumen (tahi telinga) terhasil dan memerangkap kotoran serta habuk. Sel-sel rambut dalam salur telinga akan menolak serumen keluar dari lubang telinga.
Image
  MASALAH PENDENGARAN SENSORINEURAL Masalah pendengaran sensorineural terjadi akibat kerosakan sel rerambut di dalam koklea, dan saraf pendengaran. Masalah ini bersifat kekal. Masalah pendengaran sensorineural boleh berada di peringkat ringan, sederhana, teruk, atau sangat teruk. Masalah pendengaran sensorineural boleh dibantu dengan jaya oleh alat pendengaran yang sesuai. Untuk kes yang lebih teruk, pengguna juga boleh dapat manfaat daripada implan koklea. MASALAH PENDENGARAN KONDUKTIF Berlaku akibat masalah pada telinga luar dan telinga tengah, yang menghalang bunyi dialirkan. Contoh: tahi telinga keras, otitis media, gegendang berlubang, tiada salur / cuping telinga. Masalah pendengaran konduktif biasanya berada pada tahap ringan atau sederhana dan kebanyakan masa bersifat sementara. Ubat dan pembedahan boleh membantu, bergantung kepada masalah yang spesifik. Masalah pendengaran konduktif turut boleh dibantu dengan alat pendengaran.
Image
  TEKNOLOGI YANG MEMUDAHKAN… INTERTON TV STREAMER Bantu mudahkan perjalanan PdPR anak anda dengan Interton TV Streamer. TV Streamer asalnya untuk menonton dan mendengar televisyen dengan lebih jelas tanpa gangguan. Dalam konteks PdPR, sambungan TV Streamer di laptop akan membantu anak dengar dan faham suara guru dengan lebih jelas. Ini kerana suara guru telah distrim secara tanpa wayar terus ke alat bantu pendengaran anak. Tiada bunyi luar yang boleh mengganggu tumpuan. Bukan PdPR sahaja. Aksesori TV Streamer ini sesuai untuk pengguna ABP yang perlu hadir mesyuarat maya. Dengan TV Streamer, tiada lagi kesukaran untuk memahami perbincangan. Kalau anda atau anak pengguna ABP wireless INTERTON dan RESOUND, tambahkan aksesori TV Streamer, mudahkan sesi mesyuarat dan pembelajaran. Jika belum ada ABP, dan merancang untuk mencari ABP yang sesuai untuk diri sendiri, sekarang ialah masa terbaik untuk cuba ABP premium INTERTON. Jom manfaatkan PROMOSI MERDEKA INNOHEAR. Bawa pulang sepas
Image
Sempena PROMOSI MERDEKA INNOHEAR , merdekakan pendengaran anda, dan bawa pulang satu set INTERTON premium bersama satu aksesori tanpa wayar pilihan anda. Pakej lengkap untuk nikmat pendengaran dan komunikasi lebih baik, hanya daripada RM4400. ABP premium INTERTON Multi mikrofon tanpa wayar Alat kawalan jauh tanpa wayar Klip telefon tanpa wayar Penstriman televisyen tanpa wayar Promosi sah sehingga 11 September 2021.
Image
Berkongsi keceriaan bersama puan Zainab binti Osman yang  memakai alat bantu pendengaran di kedua-dua belah telinga hari ini. Mendengar menjadikan kehidupan lebih baik...
Image
Anda pesara ATM dan memerlukan Alat Bantu Pendengaran? Hubungi kami untuk proses permohonan ABP dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran. Semuanya mudah bagi anda.   
Image
  BERJUMPALAH DENGAN AUDIOLOGIS Anda digalakkan berjumpa dengan Audiologis untuk menjalani ujian pendengaran yang lengkap. Audiologis boleh membantu anda mendapatkan peranti perlindungan pendengaran yang sesuai dan memberi nasihat tentang penjagaan pendengaran. Audiologis juga akan mencadangkan alat bantu pendengaran yang sesuai jika masalah pendengaran dikesan.
Image
  Nak pakai satu atau dua Alat Bantu Pendengaran? ABP harus membantu anda :- 1. Pemahaman bahasa yang lebih baik. 2. Membantu meningkatkan pemahaman dalam situasi yang bising dan dalam kumpulan. 3. Meningkatkan kebolehan untuk m embezakan arah atau dari mana datangnya sesuatu bunyi. 4. Kualiti bunyi yang lebih baik. 5. Proses pendengaran menjadi lebih selesa dan kurang memenatkan. 6. Pengurangan Tinnitus.
Image
 
Image
PANDUAN PENJAGAAN ALAT BANTU PENDENGARAN (ABP) 1. Pastikan ABP sentiasa bersih 2.Pastikan ABP sentiasa kering 3. Pastikan ABP tidak terdedah kepada bahan bahan kimia yang terdapat dalam kosmetik 4. Pastikan ABP tidak terdedah kepada haba 5. Bersihkan ABP daripada serumen (tahi telinga) 6. Simpan ABP di dalam bekas yang disediakan, 'drying jar'. 7. Sekiranya ABP anda ada masalah, serahkan kepada yang berkenaan untuk diperiksa.  
Image
 
Image
Refers to the hearing loss which occurs throughout the life. The onset of this kind of hearing loss can be sudden or progressive.  The example of s u dden onset hearing loss is usually caused by traumatic incident (e.g. vehicle accident, slapped/punched directly on the ear ;bullied victim, directly exposed to grenade explosion ;those involved in war), while the example for progressive hearing loss is those with acoustic neuroma (tumour on the eigth cranial nerve) whereby the hearing worsen by time, or elderly with presbycusis, hearing problem which happens due to aging factor, or those with cancer under chemotherapy treatment, the hearing loss will be progressively worsen.
Image
 
Image
Kuasa berganda! Sudah tiba masanya untuk mengguna pelitup muka berganda. Ya ia tidak wajib, tapi sangat digalakkan, terutamanya jika anda perlu berada di tempat sesak dan berisiko tinggi. :m Satu pelitup muka perubatan: Halang 56.1% partikel virus. :mask: ً Satu pelitup muka fabrik: Halang 51.4% partikel virus. :mask:\ Satu pelitup muka perubatan yang dilipat dan dipusing gelungnya agar tutup bahagian tepi muka: Halang 77% partikel virus. :mask Pelitup muka berganda (perubatan+fabrik): Halang 85.4% partikel virus. *Sumber: CDC (Centers for Disease Control), Amerika Syarikat. Jom #kitajagakita . Pakai pelitup muka dengan betul dan selamat.
Image
 
Image
 
Image
 
Image
Smile More đŸ˜ƒ Hearing aids can boost your quality of life and mood by making it easier for you to join conversations, succeed at work and feel back in the game.  
Image
Pentingnya Pendengaran untuk Komunikasi dan Keselamatan Dalam kehidupan bermasyarakat, pendengaran menjadi faktor penting dalam komunikasi harian, bersosial dan tujuan keselamatan seperti di jalan raya, mendengar bunyi amaran keselamatan seperti hon dan siren kenderaan. Kanak-kanak mempelajari bahasa, bercakap, belajar, bermain dan membina kemahiran sosial melalui pengalaman mendengar. Perkembangan bahasa yang baik juga bukan setakat berkomunikasi, malah ianya asas kepada kemahiran membaca dan menulis.
Image
  Adakah anda pengguna Interton Ready 6 @ Ready 4 @ Ready 3? Muat turun aplikasi Interton Interton Sound App sekarang. Melalui Interton Sound App, anda dapat mengawal tahap bunyi alat pendengaran, menukar program yang dikehendaki dan anda boleh membuat pilihan untuk tapisan suara seperti mengurangkan kebisingan, menjelaskan percakapan dan mendengar keseluruhan bunyi di persekitaran pendengaran anda. Ianya dapat membantu anda menikmati pengalaman pendengaran yang terbaik. Interton Sound App amat penting sekiranya anda perlu berurusan di persekitaran yang bising dan mempunyai pelbagai bunyi. Anda semakin hampir dengan pengalaman pendengaran yang hebat. Belum memiliki Interton Ready? Cuba alat pendengaran anda sekarang di Innohear Centr e yang berdekatan dengan anda
Image
 
Image