Perkembangan Pendengaran & Pertuturan Kanak-kanak

Perkembangan Pendengaran & Pertuturan Kanak-kanak



3 BULAN
  • Pandang ke muka ibu/ayah
  • senyap bila mendengar suara ibu/ayah
  • 'babble' atau 'cooing' ketika bermain
  • menghasilkan bunyi seperti 'ah' , 'eh', 'uh'


6 BULAN
  • Faham suara ibu/ayah sedang marah
  • Memandang dan mencari arah datangnya suara
  • 'babble' untuk meraih perhatian


9 BULAN 

  • Respons kepada arahan berbentuk verbal, contohnya 'bye-bye', 'nak'
  • 'babble' dan rasa gembira jika difahami oleh ibu/ayah
  • Berkomunikasi menggunakan perkataan berganda seperti 'da-da' , 'ma-ma' secara tidak spesifik atau tiada maksud

12 BULAN

  • Faham perkataan yang berkaitan dengan objek/situasi
  • Memberikan makanan apabila disuruh
  • Bercakap sekurang-kurangnya 1 patah perkataan, contohnya 'mama', 'bye-bye'

18 BULAN

  • Faham sekurang-kurangnya 50 patah perkataan 
  • Mendengar lagu dalam jangkamasa 2-3 minit
  • Menggunakan 6-20 perkataan yang diketahui

2 TAHUN

  • Faham perkataan berbentuk negatif seperti 'jangan', 'tidak boleh' 
  • Faham beberapa siri arahan yang berkait 
  • Mula menggunakan perkataan 'ini', 'itu'
  • Membentuk ayat 3 perkataan seperti 'adik nak susu'

2 TAHUN 6 BULAN

  • Mengenalpasti kegunaan sesuatu barang apabila ditunjukkan dalam bentuk gambar
  • Faham perkataan 'di atas' , 'di bawah' 
  • Cakap beberapa perkataan yang diketahui dari lagu
  • Menggunakan perkataan seperti 'siapa' 'di mana' untuk bertanyakan soalan

3 TAHUN

  • Faham bentuk soalan 'mengapa', contohnya 'mengapa letak mainan di sini?'
  • Mengulang lagu yang selalu didengar
  • Tahu menggunakan perkataan 'dia', 'mereka' , 'kami'

4 TAHUN 

  • Membentuk cerita daripada gambar 
  • Boleh menyanyikan lagu yang diingati

5 TAHUN

  • Boleh mengira ( dari 1 - 10 )
  • Berkomunikasi dengan sesiapa sahaja ( ahli keluarga, orang luar, kawan-kawan )



Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi :

INNOVATIVE HEARING MELAKA
Tel : +606 - 2822 663
Email : innohear.melaka@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN SARINGAN PENDENGARAN BAYI BARU LAHIR.

Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada Orang Kurang Upaya

UJIAN PENDENGARAN PERCUMA