KEBISINGAN YANG MEMUDARATKAN

Masalah pendengaran akibat kebisingan
( Noise induced hearing loss - NIHL )


Masalah pendengaran akibat kebisingan ( NIHL ) berlaku apabila sel rerambut telinga dalam dan saraf pendengaran menjadi kurang sensitif terhadap bunyi. Ini berlaku akibat pendedahan yang berterusan kepada bunyi-bunyi yang terlampau bising. NIHL selalunya tidak dapat diubati, namun ia boleh dicegah daripada berlaku.




Apa yang mengakibatkan NIHL?


Pendedahan berterusan tanpa perlindungan terhadap bunyi-bunyi bising melebihi 85 desibel  :



  • Peralatan industri - kilang, pelantar minyak, lombong bijih
  • Jentera berat - tapak pembinaan, kenderaan industri
  • Senjata api
  • Peralatan makmal / perubatan ultrasonik berintensiti tinggi
  • Alat muzik - orkestra, band 

Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah NIHL? 

Program penjagaan pendengaran :

  • Pemeriksaan dan pemantauan pendengaran setiap tahun
  • Pengukuran bunyi bising di tempat kerja
  • Penggunaan peranti perlindungan pendengaran ( hearing protectors )

Plag Telinga Perlindung Kebisingan
( Noise Protection Ear Plug ) 

  • Peranti perlindungan pendengaran yang disyorkan kepada mereka yang terdedah kepada bunyi bising yang berterusan
  • Dibuat khas mengikut saiz telinga anda. Oleh itu, ia memberikan perlindungan yang terbaik terhadap bunyi bising
  • Efektif dalam mengurangkan kebisingan ke tahap yang selamat, tapi tidak menghalang komunikasi.
  • Bersaiz kecil, selesa dan mudah dibawa kemana-mana.

  • Dibuat khas mengikut saiz telinga
  • Terdapat dalam pelbagai saiz & warna mengikut keperluan pendengaran di tempat kerja


Pendengaran Anda Bermasalah Akibat Pendedahan Kepada Kebisingan yang Melampau?

Anda digalakkan berjumpa dengan Audiologis untuk menjalani ujian pendengaran lengkap. Audiologis boleh membantu anda mendapatkan peranti perlindungan perdengaran yang sesuai dan memberi nasihat tentang penjagaan pendengaran.

Audiologis juga akan mencadangkan alat bantu pendengaran yang sesuai jika masalah pendengaran dikesan.










Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi :

INNOVATIVE HEARING MELAKA
Tel : +606 - 2822 663
Email : innohear.melaka@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN SARINGAN PENDENGARAN BAYI BARU LAHIR.

Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada Orang Kurang Upaya

UJIAN PENDENGARAN PERCUMA