Posts

Showing posts from 2012
Image
PROMOSI AKHIR TAHUN 22 DIS 2012 - 6 JAN 2013 Diskaun sehingga 50% untuk pembelian ABP * Tertakluk kepada terma & syarat HOTLINE : 017-638 7247 EMAIL      : info@innohear.com

UJIAN PENDENGARAN PERCUMA

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Innohear Melaka menawarkan ujian pendengaran secara percuma! 1. Ujian pendengaran percuma dan konsultasi alat bantu pendengaran daripada audiologist. 2. Alat bantu pendengaran digital. 3. Aksesori alat bantu pendengaran. 4. Tinnitus kaunseling dan terapi. Lawati kami di alamat seperti di atas pada waktu pejabat seperti yang tertera di dalam blog kami atau hubungi kami di talian 06-282 2663 (Innohear Melaka).

Makluman Cuti Sempena Hari Raya

Image
Assalamualaikum w.r.t.... Untuk makluman... InnoHear Melaka dan Cawangan-cawangan yang lain akan mula ditutup selama 1 minggu bermula hari jumaat 17 Augs 2012 bersamaan 27 Ramadhan 1433 sehingga 25 Augs 2012 bersamaan 7 Syawal 1433. Kami akan mula beroperasi kembali pada 26 Augs 2012 bersamaan 8 Syawal 1433 iaitu pada hari ahad. Dan kami mengakhiri pemakluman ini dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada pelanggan-pelanggan yang kami hormati dan kasihi...sekian terima kasih...
Image
Salam Ramadhan dan promosi Istimewa dari Innohear Melaka sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal bermula 4 Aug hingga 2 sept 2012. Dialu-alukan kepada anda mengunjungi centre kami dan juga cawangan2 Innohear kami yang terdekat dengan menikmati diskaun 50%  pembelian alat bantu pendengaran serta Ujian pendengaran & Percubaan alat secara PERCUMA!! 

Seminar Airway Management

Image
Pihak kami ( Innohear Melaka ) telah menghadiri Seminar Airway Management di Hotel Mahkota Melaka pada 15 Jun 2012 yang lalu. Pihak kami telah menyertai sebagai booth participant telah menghadiri seminar tersebut dari 8.30 pagi sehingga ke 5.30 petang dan  seramai kira-kira 200 doktor dari seluruh semenanjung Malaysia yang telah menghadiri seminar tersebut. Kami juga bekerjasama bersama pihak Hospital Melaka dan juga Puan Yazlina Yazid, audiologist di Hospital Melaka. Di sini kami sertakan gambar untuk lampiran Seminar Airway Management ; Cik Siti Aida Farhanah bt Hamzah, Hearing Care Professional  HCP menunjukkan bagaimana ingin membuat earcheck. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Yazlina Yazid & semua Doktor-doktor yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan.  Innovative Hearing Melaka juga membuat pemeriksaan telinga secara percuma di Centre kami yang terletak di Kompleks Perniagaan Al-Azim. Datanglah b

Pemeriksaan telinga percuma bersama Warga Tua

Image
Antara kesukaran yang lazim ditemui dalam kalangan warga emas ialah masalah kurang dengar ( presbiakusis ). Elemen yang sering dikaitkan dengan kemerosotan fungsi pendengaran ini berpunca daripada komponen saraf pendengaran yang mengalami degenerasi berbanding dengan golongan muda yang lebih banyak berpunca daripada masalah struktur. Masalah pendengaran ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang mesti berlaku kepada semua orang dan pada tahap yang sama. Ini kerana setiap manusia mempunyai gaya hidup, pekerjaan, tarap penjagaan kesihatan, tempat kediaman dan persekitaran yang berbeza-beza. Kesemua faktor latar belakang ini boleh mempengaruhi tahap kemerosotan pendengaran pada usia emas. Sehubungan dengan itu, sempena bulan BHSM ( Better Hearing & Speech Month )  Innovative Hearing Melaka telah membuat satu pemeriksaan telinga secara percuma di Rumah Sejahtera Melaka dibawah pengawasan Puan Halimah. Warga emas yang terlibat adalah diantara 15-20 orang dan 3 orang daripadanya mempunyai
Image
In conjunction with Better Hearing & Speech Month ( BHSM ), we would like to invite you readers to visit our centre in Melaka and our nationwide centres ( Kuala Lumpur, Ipoh, Klang Kota Bharu, Damansara, Sungai Petani & Kuantan ) SPECIAL PROMOTIONS AWAITS YOU THIS MAY 2012  !! Sempena Bulan Pendengaran & Pertuturan, anda dialu-alukan untuk berkunjung ke Innohear Melaka atau mana-mana cawangan kami yang berhampiran di seluruh Malaysia ( Kuala Lumpur, Ipoh, Klang, Kota Bharu, Damansara, Sungai Petani & Kuantan )   PROMOSI ISTIMEWA MENANTI ANDA SEPANJANG MEI 2012 May is : Better Hearing & Speech Month Helping People Communicate This annual event provides opportunities to raise awareness about communication disorder and to promote treatment that can improve the quality of life for those who experience problem with speaking, understanding and hearing. We have many resources to help you celebrate BHSM everyday. Source :  http://www.asha

How to choose a Hearing Aid .

Image

Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada Orang Kurang Upaya

1.0 KEMENTERIAN PELAJARAN 1.1. KEMUDAHAN PENDIDIKAN           Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak OKU penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dilaksanakan melalui : 1.1.1 Program Pendidikan Khas Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran dan pembelajaran (menengah). Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. 1.1.2. Elaun  RM 150.00 sebulan pelajar sekolah rendah dan menengah Bagi pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan menengah mereka  diberi elaun sebanyak RM 150.00 sebulan. Seterusnya Bajet  2005  memperluaskan lagi pemberian el

KEBISINGAN YANG MEMUDARATKAN

Image
Masalah pendengaran akibat kebisingan ( Noise induced hearing loss - NIHL ) Masalah pendengaran akibat kebisingan ( NIHL ) berlaku apabila sel rerambut telinga dalam dan saraf pendengaran menjadi kurang sensitif terhadap bunyi. Ini berlaku akibat pendedahan yang berterusan kepada bunyi-bunyi yang terlampau bising. NIHL selalunya tidak dapat diubati, namun ia boleh dicegah daripada berlaku. Apa yang mengakibatkan NIHL? Pendedahan berterusan tanpa perlindungan terhadap bunyi-bunyi bising melebihi 85 desibel  : Peralatan industri - kilang, pelantar minyak, lombong bijih Jentera berat - tapak pembinaan, kenderaan industri Senjata api Peralatan makmal / perubatan ultrasonik berintensiti tinggi Alat muzik - orkestra, band  Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah NIHL?  Program penjagaan pendengaran : Pemeriksaan dan pemantauan pendengaran setiap tahun Pengukuran bunyi bising di tempat kerja Penggunaan peranti perlindungan pendengaran ( hearing protectors )

Perkembangan Pendengaran & Pertuturan Kanak-kanak

Perkembangan Pendengaran & Pertuturan Kanak-kanak 3 BULAN Pandang ke muka ibu/ayah senyap bila mendengar suara ibu/ayah 'babble' atau 'cooing' ketika bermain menghasilkan bunyi seperti 'ah' , 'eh', 'uh' 6 BULAN Faham suara ibu/ayah sedang marah Memandang dan mencari arah datangnya suara 'babble' untuk meraih perhatian 9 BULAN  Respons kepada arahan berbentuk verbal, contohnya 'bye-bye', 'nak' 'babble' dan rasa gembira jika difahami oleh ibu/ayah Berkomunikasi menggunakan perkataan berganda seperti 'da-da' , 'ma-ma' secara tidak spesifik atau tiada maksud 12 BULAN Faham perkataan yang berkaitan dengan objek/situasi Memberikan makanan apabila disuruh Bercakap sekurang-kurangnya 1 patah perkataan, contohnya 'mama', 'bye-bye' 18 BULAN Faham sekurang-kurangnya 50 patah perkataan  Mendengar lagu dalam jangkamasa 2-3 min

UJIAN SARINGAN PENDENGARAN BAYI BARU LAHIR.

Image
INFORMASI UNTUK IBU BAPA. Apa itu ujian saringan pendengaran bayi baru lahir? ( Newborn Hearing Screening )   Ujian saringan pendengaran adalah satu ujian yang penting memeriksa sistem pendengaran bayi-bayi baru lahir. Pengurusan masalah pendengan dapat dilakukan segera sekiranya masalah ini dapat dikesan pada awal usia. Apakah kepentingan ujian saringan pendengaran? Bayi dan kanak-kanak kecil mempelajari bahasa dan pertuturan pada kadar yang begitu cepat. Pembelajaran bahasa, pertuturan dan cara komunikasi sangat bergantung kepada kebolehan seseorang bayi untuk mendengar bahasa dan pertuturan pada awal usianya.  Jika bayi ini mengalami masalah pendengaran, kebolehannya untuk mendengar bunyi-bunyi pertuturan di sekitarnya akan berkurangan atau mungkin tiada langsung. Ini menyebabkan berlakunya kelambatan dalam perkembangan bahasa dan pertuturan bayi tersebut, lalu menyukarkan komunikasi bersama ahli keluarga dan persekitarannya.  Bila ujian ini dilakukan? Ujia

Perkhidmatan & cawangan kami.

Innovative   Hearing   Sdn Bhd telah  diwujudkan  pada tahun 2003. Dan  sejak beberapa tahun yang lalu ,   kami telah  memperluaskan perkhidmatan kami   dan telah membuka cawangan   di   Kuala Lumpur ,   Petaling Jaya ,   Klang , Ipoh , Melaka , Kuantan ,   Kota Bharu   dan Brunei .  Selain itu, seiring dengan kehendak pelanggan kami juga akan memperluaskan perkhidmatan & cawangan kami ke negeri--negeri yang lain. Wakil pengedar kami adalah meliputi majoriti hospital awam dan hospital swasta di seluruh Semenanjung dan juga Pantai Timur. Perkhidmatan yang ditawarkan di Innovative Hearing atau   InnoHear ,  adalah,    perkhidmatan   penjagaan   kesihatan   pendengaran   yang   komprehensif dan  cemerlang .  Kami juga   menyampaikan   pelbagai   perkhidmatan   makmal   termasuk   acuan telinga (earmould)   dan  membaikupulih alat pendengaran yang lain. InnoHear ,   kami komited   kepada masyarakat   kami   untuk menawarkan   perkhidmatan   yang   terbaik .   Untuk memastikan bah