Pemeriksaan telinga percuma bersama Warga Tua

Antara kesukaran yang lazim ditemui dalam kalangan warga emas ialah masalah kurang dengar ( presbiakusis ). Elemen yang sering dikaitkan dengan kemerosotan fungsi pendengaran ini berpunca daripada komponen saraf pendengaran yang mengalami degenerasi berbanding dengan golongan muda yang lebih banyak berpunca daripada masalah struktur.

Masalah pendengaran ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang mesti berlaku kepada semua orang dan pada tahap yang sama. Ini kerana setiap manusia mempunyai gaya hidup, pekerjaan, tarap penjagaan kesihatan, tempat kediaman dan persekitaran yang berbeza-beza. Kesemua faktor latar belakang ini boleh mempengaruhi tahap kemerosotan pendengaran pada usia emas.

Sehubungan dengan itu, sempena bulan BHSM ( Better Hearing & Speech Month )  Innovative Hearing Melaka telah membuat satu pemeriksaan telinga secara percuma di Rumah Sejahtera Melaka dibawah pengawasan Puan Halimah. Warga emas yang terlibat adalah diantara 15-20 orang dan 3 orang daripadanya mempunyai masalah pendengaran yang teruk. 







Didalam gambar : Siti Aida Farhanah ( Hearing Care Profesional ) & sebahagian dari warga emas yang mengambil bahagian.


Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Halimah & warga emas di Rumah Sejahtera yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan. Kami juga berharap agar kami diberi peluang untuk membuat khidmat bakti seperti ini di Rumah orang-orang Tua yang lain.



Innovative Hearing Melaka juga membuat pemeriksaan telinga secara percuma di Centre kami yang terletak di Kompleks Perniagaan Al-Azim. Datanglah beramai-ramai untuk membuat pemeriksaan telinga kerana mencegah lebih baik dari mengubati. Kami boleh dihubungi di talian 06-282 2663 pada waktu bekerja, 9.00am - 5.00pm pada hari biasa dan dari 8.30am-3.00pm pada hari Sabtu.

Sekian, terima kasih.







Comments

Popular posts from this blog

UJIAN SARINGAN PENDENGARAN BAYI BARU LAHIR.

Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada Orang Kurang Upaya

UJIAN PENDENGARAN PERCUMA