Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada Orang Kurang Upaya


1.0 KEMENTERIAN PELAJARAN


1.1. KEMUDAHAN PENDIDIKAN
         
Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan
Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak OKU
penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program
pendidikan dilaksanakan melalui :


1.1.1 Program Pendidikan Khas


Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah
pendengaran dan pembelajaran (menengah).
Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan
khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan
bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian
biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah
teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran
pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.


1.1.2. Elaun  RM 150.00 sebulan pelajar sekolah rendah dan
menengah


Bagi pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan menengah mereka diberi elaun sebanyak RM 150.00 sebulan. Seterusnya Bajet  2005 memperluaskan lagi pemberian elaun ini kepada setiap kanakkanak kurang upaya yang di Sekolah Khas kelolaan Pertubuhan Sukarela Kebajikan. 


Laman Web :    www.moe.gov.my
No. Telefon: 03 – 88846000




1.2 KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


1.2.1. Pembiayaan Bantuan Kewangan


Untuk menggalakan Orang Kurang Upaya (OKU) melanjutkan
pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi, Kerajaan telah
menyediakan bantuan kewangan kepada semua pelajar OKU yang
melanjutkan pengajian di IPTA, IPTS (yang diluluskan oleh KPT),
Politeknik dan Kolej Komuniti yang berada di bawah kawal selia
Kementerian Pengajian Tinggi.


(a) Tempoh Pembiayaan:
  •  Sijil – 2 tahun (dikolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
  •  Diploma – 3 tahun
  •  Sarjana Muda – 4 tahun
  •  Diploma Lepasan Ijazah – 2 tahun
  •  Sarjana – 2 tahun
  •  Ph.D – 4 tahun
(b) Syarat-syarat Bantuan Kewangan Pelajar OKU
  • Warganegara Malaysia
  • Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang upayanya tidak layak menerima bantuan kewangan ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerima elemen wang saku sahaja;
  •  Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian); dan 
  •  Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


(c) Kadar bayaran mengikut kategori pelajar iaitu:
  1. Pelajar Sepenuh Masa
  2. Pelajar Separuh Masa/Jarak Jauh


(i) Pelajar Sepenuh Masa
  • Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang tidak melebihi RM5,000/ setahun atau RM 20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian( sekiranya menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa hanya layak menerima wang saku sahaja.
  • Kadar bantuan adalah wang saku RM300/ bulan dan bakinya adalah bantuan yuran tertakluk kepada RM5000 setahun bagi kedua – dua bantuan tersebut. Sekiranya jumlah wang saku dan yuran pengajian tidak mencapai RM5000 setahun, lebihan tersebut tidak akan dibayar dan tidak akan dibawa ke hadapan.
  • Penetapan kadar bayaran adalah berdasarkan pada tahun kalendar. Ini bermakna tempoh yang layak adalah bermula dari tuntutan pertama dibuat dalam tahun semasa.
  • Walau bagaimanapun, pelajar boleh memilih sama ada memohon kedua – dua bantuan atau memilih yuran pengajian sahaja. Sekiranya memilih yuran pengajian sahaja dan masih terdapat  lebihan dalam tahun tersebut, lebihanakan dimasukkan ke dalam akaun pelajar pada akhir tahun.
(ii) Pelajar Separuh Masa/Jarak Jauh
  • Bantuan meliputi yuran pengajian sahaja dan tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian, pada satu peringkat pengajian tertakluk kepada RM5,000 setahun. (sekiranya menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa termasuk yuran pengajian tidak layak menerima bantuan ini. 
  • Bayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada IPT berkenaan pada setiap semester tertakluk kepada invois lengkap yang diterima; dan
  • Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa.
  • Tuntutan untuk semester yang telah berlalu tidak dibenarkan.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi;
Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 4, Blok 1, Menara PJH, Presint 2, 
62100, PUTRAJAYA
(u:p: Unit Pinjaman Dan Bantuan Kewangan)


Laman Web :   http://www.portal.mohe.gov.my
No.   Telefon : 03 – 88844606/88844697






1.2.2 Skim Pengecualian Yuran Pengajian Universiti Terbuka
Malaysia.


Universiti Terbuka Malaysia telah melancarkan Skim Pengecualian
75% Yuran Pengajian bagi Golongan Kurang Upaya dan Warga
Emas yang berusia 55 tahun ke atas pada 9 Ogos 2005 yang
memberi peluang kepada golongan OKU dan warga emas untuk
mengikuti pengajian sesuai dengan moto universiti “Universiti Untuk Semua” dan “Merintis Pembelajaran Sepanjang Hayat.


Laman Web: http//www.oum.edu.my
No. Telefon: 03 – 27732251




2.0 KEMENTERIAN KEWANGAN/ LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI


2.1. PELEPASAN CUKAI


2.1.1. Pelepasan Cukai  Pendapatan bagi  Anak Kurang Upaya yang Belajar di IPT.


Pelepasan cukai pendapatan diperluaskan kepada anak kurang
upaya yang belajar di  institusi pengajian tinggi yang diktiraf
mengikut peringkat pendidikan seperti berikut:
  • peringkat diploma dan ke atas di Malaysia, atau 
  • di peringkat ijazah pertama dan ke atas di luar Malaysia

Dengan mengambil kira pelepasan sedia ada sebanyak 5 ribu
ringgit untuk anak   kurang upaya, ibu bapa akan layak mendapat
pelepasan cukai berjumlah 9 ribu ringgit.  Berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2006.


     
2.1.2 Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan


Kerajaan telah memberi pelepasan cukai sehingga RM 5000 bagi
membeli alat alat khas untuk kegunaan sendiri, anak atau ibubapa
OKU. 
  • Mulai tahun 2005 pelepasan cukai tambahan sebanyak RM6000 kepada OKU.  
  • Pasangan OKU sebanyak RM3500.
  
Laman Web: http://e.hasil.org.my
No. Telefon: 03 – 620910002.


1.3. Pengecualian  Duti Eksais Ke atas Kenderaan OKU


Kementerian kewangan telah memberikan pengecualian 100% Duti
Eksais ke atas kenderaan cacat fizikal yang berkeupayaan
memandu  dengan syarat  - syarat seperti berikut :



  • Pemohon Berdaftar dengan JKM
  • Pemohon memiliki lesen memandu yang sah
  • Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukar milik sehingga tamat tempoh 5  tahun
  • Kecuali  dengan kebenaran Perbendaharaan; dan
  • Pengecualian hanya dibenarkan untuk sebuah kenderaan bagi setiap 5  tahun.

2.1.4 Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya
Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.


Laman Web:    http://www.treasury.gov.my
No. Telefon: 03 88823000




3.0 KEMENTERIAN PENGANGKUTAN


3.1 Pengecualian Cukai Jalan
Jabatan Pengangkutan telah menyediakan kemudahan
pengecualian cukai  jalan    (road tax)  orang kurang upaya fizikal
yang menggunakan kenderaan kereta, van dan motosikal buatan
tempatan. 


(a) Bayaran yang dikenakan:

  • Kereta dikenakan bayaran RM 2.00  
  • motosikal RM 1.00


(b)Syarat-Syarat Pengecualian Cukai Jalan

  • Kereta, van dan motosikal nasional sahaja
  • Berdaftar dengan JKM sebagai orang kurang upaya          Fizikal sahaja
  • Berdaftar dengan JKM sebagai orang kurang upaya fizikal sahaja
  • Pengecualian diberikan kepada pemohon sahaja
  • Pengecualian diberikan kepada sebuah kenderaan dalam satu masa
  • Memiliki lesen memandu yang sah


3.2 KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM:





3.2.1 Perkhidmatan Bas


     Terdapat dua jenis perkhidmatan bas (berdaftar dengan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan  (LPKP) )yang disediakan iaitu seperti berikut :
  • Bas Ekpress
  • Bas Henti – henti


Kadar Diskaun Tambang :

  • Diskaun tambang sebanyak 25 peratus (%) bagi perkhidmatan bas ekspres.
  • Diskaun tambang sebanyak 50 peratus (%) bagi perkhidmatan bas henti – henti 
  • Pemberian diskaun boleh dilaksanakan dengan menunjukkan Kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM semasa pembelian tiket.


Laman Web:    http://www.lpkp.gov..my/home
No. Telefon: 03 - 88055000 




3.2.2 Sistem Transit Aliran Ringan


Menawarkan kemudahan perkhidmatan bagi:

  •   Laluan Ampang dan Sri Petaling ( Sebelum ini laluan STAR)
  •   Laluan Kelana Jaya (Sebelum ini laluan PUTRA)

Menawarkan diskaun  sebanyak 50 % dengan menunjukkan Kad
OKU semasa pembelian tiket di kaunter.


Laman Web:http://rapidkl.com.my
No. Telefon: 03 – 203788528/85




3.2.3 Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Antarabandar


Menikmati diskaun harga sebanyak  50%  ke atas tambang
perjalanan bagi semua kelas (tambang perjalanan = tambang asas
mengikut jarak km) di setiap  destinasi dengan menunjukkan kad
OKU semasa pembelian tiket di kaunter tiket.


Jumlah tambang penuh bermaksud:-
(Tambang penuh=  tambang perjalanan + harga tempat duduk/katil)




3.2.4 Perkhidmatan KTM  Komuter  
Menikmati diskaun harga sebanyak 50% ke semua destinasi dengan
menunjukkan kad OKU semasa pembelian tiket di kaunter tiket.


Laman Web:    http://www.ktmb.com.my
No. Telefon: 03 – 22781222




3.2.5 Perkhidmatan Penerbangan Malaysia (MAS)


Memberi diskaun istimewa sehingga 50 peratus (%) bagi
penerbangan dalam negeri.
Diskaun hanya dapat diperoleh melalui pembelian tiket di kaunter
sahaja dan bukannya melalui mesin jualan tiket, Syarikat Prasarana
Negara akan memberikan  diskaun 50% ke atas tambang
perjalanan. Syarikat pengangkutan swasta digalakkan  untuk
memberi  kemudahan yang sama.  


Laman Web:    www.malaysiaairline.com
No. Telefon: 03 – 22461200


4.0 KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN


4.1 KEMUDAHAN PERUMAHAN


4.1.1 DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  juga menyediakan kemudahan-kemudahan kepada orang kurang upaya bagi menyewa rumahr-umah kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan memberi
pengurangan kadar sewa kepada orang kurang upaya.  


Laman Web:http://dbkl.co.my
No. Telefon : 03 - 40234452




4.1.2  SYARIKAT PERUMAHAN NASIONAL BERHAD (SPNB)


Syarikat Perumahan Nasional Berhad  memberi keutamaan kepada
OKU yang berpendapatan rendah dalam memperolehi rumah kos
rendah dan sederhana rendah iaitu sebanyak 20 peratus (%)
diskaun harga telah ditawarkan. 


Laman  Web:  http://www.spnb.com.my
No. Telefon: 1 – 300 – 80 – 3838




5.0 KEMENTERIAN KESIHATAN


5.1 PENGECUALIAN BAYARAN RAWATAN PERUBATAN


Kerajaan telah bersetuju supaya semua golongan orang kurang
upaya berdaftar dengan JKM dikecualikan daripada bayaran
rawatan perubatan di  hospital kerajaan.  


5.2 Garis panduan pelaksanaan adalah seperti berikut:-
     

  • Golongan kurang upaya terhad kepada mereka yang  berdaftar dengan JKM;
  • Kelas wad yang layak diduduki ialah wad kelas tiga; dan
  • Kemudahan ini adalah terhad kepada warganegara Malaysia sahaja.  

Laman Web:    http://www.moh.gov.my
No. Telefon: 03 – 88853000


6.0 DASAR SATU PERATUS PEKERJAAN DAN PELUANG
PEKERJAAN


6.1 Sektor Kerajaan


Kerajaan telah membuka peluang pekerjaan kepada OKU dalam
sektor awam melalui Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan
berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.10/1988 dan
dipertingkatkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 / 2008 iaitu
yang mula dikuatkuasakan pada 1 April 2008


6.2 Sektor Swasta :


Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang
Cacat Di Sektor    Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di
bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah
mewujudkan Kod Amalan Penggajian  Orang  Kurang Upaya di
Sektor Swasta. 


7.0 JABATAN TENAGA KERJA


7.1 SISTEM PENEMPATAN ORANG KURANG UPAYA (SPOKU)


Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (Kementerian
Sumber Manusia) menyediakan perkhidmatan pendaftaran secara
online kepada majikan dan pencari kerja menerusi paparan di
bawah.  Pendaftaran boleh dilakukan dimana-mana tanpa perlu
hadir di Jabatan Tenaga Kerja.


7.2 SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA (SBGP-  OKU)     


Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGPOKU) adalah satu strategi kerajaan untuk ”bantu OKU mambantu OKU mendapatkan pekerjaan” melalui pengembangan perniagaan mereka. (SBGP-OKU) adalah terbuka kepada OKU di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.


7.2.1 Syarat-syarat permohonan :



  • OKU hendaklah berdaftar dengan JKM
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai perniagaan dan bercadang untuk mengembangkan perniagaan.
  • Permohonan boleh secara individu atau berkumpulan.
  • Pengembangan perniagaan adalah bertujuan untuk membuka peluang pekerjaan kepada OKU.
  • Perniagaan persatuan OKU yang berdaftar juga layak memohon. 


7.2.3 Syarat-syarat untuk permohonan geran:




  • Permohonan hendaklah menggunakan borang SBGP-OKU yang boleh diperolehi di mana-mana pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang berdekatan.
  • Mengemukakan  kertas kerja yang jelas menerangkan tujuan permohonan dibuat beserta butiran terperinci dan dokumendokumen tambahan.
  • Sokongan daripada Persatuan/Pertubuhan badan Bukan Kerajaan (NGOs) adalah diberi keutamaan.
  • Mana-mana OKU atau Kumpulan OKU yang telah menerima bantuan atau pinjaman daripada agensi-agensi lain juga layak untuk memohon
  • Permohonan yang lengkap yang disertakan dengan dokumen-dokumen yang perlu hendaklah diserahkan kepada JTK yang terdekat


Laman Web: http://www.jktksm.gov.my
No. Telefon: 03 – 88865062


8.0 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)


8.1 KEMUDAHAN  PENCEN  DAN WAKTU KERJA


Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak
OKU penjawat awam yang telah meninggal dunia. Pencen ini
diberikan sepanjang hayat kanak-kanak berkenaan.
Bagi semua anggota perkhidmatan awam yang mempunyai anakanak kurang upaya, kerajaan akan membenarkan mereka bekerja mengikut ‘flexi-hours’ supaya dapat memudahkan urusan kebajikan anak mereka.


Laman Web:http//wwwjpa.gov.my
No. Telefon: 038853000 


9.0 KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURAN   


Pelan Takaful Berkelompok OKU menyediakan perlindungan dan
manfaat takaful khusus untuk OKU yang berdaftar dengan JKM
yang belajar di kelas-kelas PDK secara berkelompok di bawah satu
perjanjian Pelan Takaful Keluarga Berkelompok.  Ianya bertujuan
untuk membantu keluarga atau OKU sendiri sekiranya berlaku
sebarang malapetaka kepada dirinya dan juga sebagai persediaan
diri.




10.0 KEMUDAHAN TELEKOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA


10.1 TELEKOM MALAYSIA


Telekom Malaysia (TM) sediakan kemudahan kepada Orang Kurang Upaya di bawah Pakej Penyayang seperti berikut :


  • Percuma untuk sewa bulanan perkhidmatan talian telefon kediaman sahaja.
  • Percuma untuk panggilan  ke  Perkhidmatan Panduan direktori  Telefon (103)
  • Percuma untuk perkhidmatan telefon Kemudahan Tambahan Sama ada ”Panggilan Menunggu” atau ”Pemindahan Panggilan”
  • Perkhidmatan Pakej Internet – RM 45.00 hingga RM 148.00 bergantung kepada kelajuannya.

10.1.1 Syarat – Syarat  kelayakan :



  • Orang Kurang Upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Warga negara yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Sekiranya kurang dari 18 tahun boleh memohon atas nama ibu bapa atau penjaga yang sah yang berumur 18 tahun dan mke atas serta mendapat  surat pengesahan daripada JKM,

Jabatan Kerajaan atau Ketua Kampung.

  • Hanya ditawarkan di premis kediaman OKU tinggal
  • Tempoh perjanjian  perkhidmatan telefon bagi pendaftaran pakej adalah selama 1 tahun.
  • Kelayakan  pakej akan terbatal sekiranya pelanggan melanggar syarat – syarat dan peraturan –peraturan yang ditetapkan. 


Laman Web:http://www.tm.com.my 
No. Telefon: 03 – 22407043




11.0 KEMENTERIAN DALAM NEGERI / JABATAN PENDAFTARAN NEGARA


11.1 KEMUDAHAN PENGECUALIAN BAYARAN MEMBUAT MYKAD, CARIAN SIJIL KELAHIRAN ATAU SIJIL KEMATIAN DAN DOKUMEN PERJALANAN


Jabatan Pendaftaran Negara  menyediakan pengecualian kepada 
OKU untuk membuat  MyKad  yang hilang dan pengurangan atau 
pengecualian bayaran bagi kes daftar lewat kelahiran dan 
membuat MyKad.


Laman Web:http://www.jpn.gov.my
No. Telefon: 0388807000


12 JABATAN IMIGRESEN


12.1 PENGECUALIAN BAYARAN PASPOT


Kerajaan melalui Jabatan Imigresen telah memberi pengecualian
bayaran kepada semua golongan Orang Kurang Upaya bagi
membuat  paspot untuk urusan ke Luar Negara.






http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=574%3Akemudahan-dan-keistimewaan-kepada-oku-yang-berdaftar&catid=46%3Aorang-kurang-upaya&Itemid=81&lang=ms

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN SARINGAN PENDENGARAN BAYI BARU LAHIR.

UJIAN PENDENGARAN PERCUMA