UJIAN SARINGAN PENDENGARAN BAYI BARU LAHIR.
INFORMASI UNTUK IBU BAPA. Apa itu ujian saringan pendengaran bayi baru lahir? ( Newborn Hearing Screening ) Ujian saringan pendengaran adalah satu ujian yang penting memeriksa sistem pendengaran bayi-bayi baru lahir. Pengurusan masalah pendengan dapat dilakukan segera sekiranya masalah ini dapat dikesan pada awal usia. Apakah kepentingan ujian saringan pendengaran? Bayi dan kanak-kanak kecil mempelajari bahasa dan pertuturan pada kadar yang begitu cepat. Pembelajaran bahasa, pertuturan dan cara komunikasi sangat bergantung kepada kebolehan seseorang bayi untuk mendengar bahasa dan pertuturan pada awal usianya. Jika bayi ini mengalami masalah pendengaran, kebolehannya untuk mendengar bunyi-bunyi pertuturan di sekitarnya akan berkurangan atau mungkin tiada langsung. Ini menyebabkan berlakunya kelambatan dalam perkembangan bahasa dan pertuturan bayi tersebut, lalu menyukarkan komunikasi bersama ahli keluarga dan persekitarannya. Bila ujian ini di...
Comments
Post a Comment
Thank you for your comments.