Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada Orang Kurang Upaya
1.0 KEMENTERIAN PELAJARAN 1.1. KEMUDAHAN PENDIDIKAN Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak OKU penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dilaksanakan melalui : 1.1.1 Program Pendidikan Khas Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran dan pembelajaran (menengah). Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. 1.1.2. Elaun RM 150.00 sebulan pelajar sekolah rendah dan menengah Bagi pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan menengah mereka diberi elaun sebanyak RM 150.00 sebulan. Seterusnya Bajet ...