PRESBIKUSIS ialah masalah pendengaran untuk golongan warga emas.

PRESBIKUSIS ialah proses biasa apabila koklea dan saraf pendengaran mengalami kemerosotan, seiring dengan pertambahan usia seseorang individu.
PRESBIKUSIS bukanlah masalah yang boleh mengancam nyawa. Walaubagaimanapun, ia boleh mengganggu kualiti kehidupan harian, terutamanya jika individu warga emas tersebut ialah seorang yang sihat dan aktif dalam aktiviti bermasyarakat.
Antara tanda-tanda PRESBIKUSIS:
๐Ÿ˜” Desingan dalam telinga (TINITUS).
๐Ÿ˜” Sukar mengikuti perbualan, terutamanya di tempat yang agak bising.
๐Ÿ˜” Asyik meminta rakan perbualan untuk mengulang perkataan.
๐Ÿ˜” Menonton televisyen dengan suara yang lebih kuat daripada normal.
PRESBIKUSIS boleh dikawal dan dibantu dengan penggunaan alat bantu pendengaran yang sesuai dengan tahap pendengaran serta gaya hidup warga emas tersebut.
Jika anda rasa ibu bapa anda mengalami tanda-tanda PRESBIKUSIS, bawalah mereka berjumpa dengan audiologis. Audiologis ialah pakar pendengaran yang akan membuat pemeriksaan telinga dan pendengaran kepada ibu bapa anda. Audiologis juga akan mencadangkan program pengurusan dan rehabilitasi masalah pendengaran yang sesuai untuk keperluan mereka.



Comments

Popular posts from this blog

UJIAN SARINGAN PENDENGARAN BAYI BARU LAHIR.

Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada Orang Kurang Upaya

UJIAN PENDENGARAN PERCUMA