WHY USE HEARING AIDS? There is an important connection between hearing health and brain health. Hearing loss makes the brain work harder to keep up with conversations and filter out noise. All that extra effort required to listen and communicate (while having hearing loss) can leave a person feeling tired and stressed. Using hearing aids can help the brain work better and faster on skills like memory and attention. #innohear #sedardengar #hearingcare
Posts
Showing posts from September, 2021
- Get link
- X
- Other Apps
PRESBIKUSIS ialah masalah pendengaran untuk golongan warga emas. PRESBIKUSIS ialah proses biasa apabila koklea dan saraf pendengaran mengalami kemerosotan, seiring dengan pertambahan usia seseorang individu. PRESBIKUSIS bukanlah masalah yang boleh mengancam nyawa. Walaubagaimanapun, ia boleh mengganggu kualiti kehidupan harian, terutamanya jika individu warga emas tersebut ialah seorang yang sihat dan aktif dalam aktiviti bermasyarakat. Antara tanda-tanda PRESBIKUSIS: Desingan dalam telinga (TINITUS). Sukar mengikuti perbualan, terutamanya di tempat yang agak bising. Asyik meminta rakan perbualan untuk mengulang perkataan. Menonton televisyen dengan suara yang lebih kuat daripada normal. PRESBIKUSIS boleh dikawal dan dibantu dengan penggunaan alat bantu pendengaran yang sesuai dengan tahap pendengaran serta gaya hidup warga emas tersebut. Jika anda rasa ibu bapa anda mengalami tanda-tanda PRESBIKUSIS, bawalah mereka berjumpa dengan audiologis. Audiologis ialah pakar pendeng...
- Get link
- X
- Other Apps
Penuaan memberi kesan kepada tahap pendengaran đź‘‚ Disamping faktor persekitaran, penuaan juga merupakan salah satu f aktor masalah pendengaran. đź‘‚ Masalah pendengaran biasanya biasanya dihadapi oleh orang dewasa yang yang berumur 50 tahun ke atas. đź‘‚ Mereka akan mengalami kemerosotan pendengaran kesan daripada saraf pendengaran yang tidak aktif dan fungsinya s emakin merosot akibat penuaan.
- Get link
- X
- Other Apps
Fakta telinga & pendengaran 1. Organ pendengaran tidak pernah tidur. Telinga tetap mendengar bunyi sekeliling walaupun mata (dan proses otak) tertutup. 2. Telinga mempunyai kebolehan untuk membersih sendiri (self-cleaning). Serumen (tahi telinga) terhasil dan memerangkap kotoran serta habuk. Sel-sel rambut dalam salur telinga akan menolak serumen keluar dari lubang telinga.
- Get link
- X
- Other Apps
MASALAH PENDENGARAN SENSORINEURAL Masalah pendengaran sensorineural terjadi akibat kerosakan sel rerambut di dalam koklea, dan saraf pendengaran. Masalah ini bersifat kekal. Masalah pendengaran sensorineural boleh berada di peringkat ringan, sederhana, teruk, atau sangat teruk. Masalah pendengaran sensorineural boleh dibantu dengan jaya oleh alat pendengaran yang sesuai. Untuk kes yang lebih teruk, pengguna juga boleh dapat manfaat daripada implan koklea. MASALAH PENDENGARAN KONDUKTIF Berlaku akibat masalah pada telinga luar dan telinga tengah, yang menghalang bunyi dialirkan. Contoh: tahi telinga keras, otitis media, gegendang berlubang, tiada salur / cuping telinga. Masalah pendengaran konduktif biasanya berada pada tahap ringan atau sederhana dan kebanyakan masa bersifat sementara. Ubat dan pembedahan boleh membantu, bergantung kepada masalah yang spesifik. Masalah pendengaran konduktif turut boleh dibantu dengan alat pendengaran.