Pemeriksaan telinga percuma bersama Warga Tua
Antara kesukaran yang lazim ditemui dalam kalangan warga emas ialah masalah kurang dengar ( presbiakusis ). Elemen yang sering dikaitkan dengan kemerosotan fungsi pendengaran ini berpunca daripada komponen saraf pendengaran yang mengalami degenerasi berbanding dengan golongan muda yang lebih banyak berpunca daripada masalah struktur. Masalah pendengaran ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang mesti berlaku kepada semua orang dan pada tahap yang sama. Ini kerana setiap manusia mempunyai gaya hidup, pekerjaan, tarap penjagaan kesihatan, tempat kediaman dan persekitaran yang berbeza-beza. Kesemua faktor latar belakang ini boleh mempengaruhi tahap kemerosotan pendengaran pada usia emas. Sehubungan dengan itu, sempena bulan BHSM ( Better Hearing & Speech Month ) Innovative Hearing Melaka telah membuat satu pemeriksaan telinga secara percuma di Rumah Sejahtera Melaka dibawah pengawasan Puan Halimah. Warga emas yang terlibat adalah diantara 15-20 orang dan 3 orang daripadanya mempu...